Mengapa Injil Yohanes berbeza?

Pertama, seperti kita ketahui, Injil menurut Yohanes itu memang berbeza dengan ketiga-tiga Injil dengan sejumlah hal besar. Alasan berkaitan dengan perbezaan ini tidak mudah diperkirakan atau ditemukan.

Feb 06, 2021

Soalan 1: Mengapa dalam Injil Yohanes tidak ada kisah tentang Perjamuan Malam Terakhir? Bukankah aneh kerana Yohanes tidak mencantumkan kisah Perjamuan Malam Terakhir yang merupakan penubuhan Ekaristi? — Anna Airin

Jawaban: Pertama, seperti kita ketahui, Injil menurut Yohanes itu memang berbeza dengan ketiga-tiga Injil dengan sejumlah hal besar. Alasan berkaitan dengan perbezaan ini tidak mudah diperkirakan atau ditemukan. Seringkali hal itu terjadi kerana Injil keempat ditulis beberapa puluh tahun sesudah ketiga Injil yang lain.

Kedua, alasan sangat jelas mengapa Injil keempat itu amat berbeza dengan ketiga-tiga Injil lain ialah bahawa pendekatan TEOLOGI Injil keempat tentang Yesus dan pesan pewartaan-Nya adalah berbeza dengan pendekatan teologi yang digunakan oleh pengarang Injil Markus, Matius, dan Lukas.

Injil Yohanes mempunyai pendekatan dengan tahap permenungan yang lebih tinggi, yang tidak ditemui dalam ketiga-tiga Injil terdahulu. Misalnya, Injil Yohanes adalah satu-satunya yang menulis kisah tentang Bonda Maria yang berada di bawah kaki salib Yesus.

Para penginjil yang lain menyebut beberapa orang wanita tetapi bukan Maria. Jika Maria memang ada di bawah kaki salib Yesus, apakah ketigatiga penginjil itu tidak mengetahui kenyataan itu? Nampaknya hal ini tidak mungkin. Apakah mereka menganggap kehadiran Maria itu tidak penting?  Atau, apakah Yohanes mengungkapkan kehadiran Maria di Kalvari kerana hubungan teologis antara Maria dan Gereja, yang diwakili oleh “murid yang dikasihi”?

Ketiga, mungkin Yohanes mengetahui kisah tentang Perjamuan Malam Terakhir yang sangat terkenal dalam ketiga-tiga Injil sebelum itu maka pengarang Injil Yohanes tidak ingin menyajikannya lagi sebaliknya mahu menjelaskan lebih lanjut sebuah refleksi tentang Ekaristi yang tidak diuraikan dalam ketiga Injil terdahulu. Kemungkinan besar Yohanes ingin mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh ketiga-tiga Injil dengan kisah lain yang belum ada, misalnya tentang pembasuhan kaki, yang tidak disajikan dalam ketiga-tiga Injil Sinoptik. Kita mungkin tidak akan menemui jawapan pasti tentang alasan Yohanes berbuat demikian, hanya berupa perkiraan.

Soalan II: Sejauh saya mengenal Yesus, Dia sangat mengasihi dan mempercayakan diri-Nya kepada Bapa sepanjang hidup-Nya. Apakah mungkin Yesus berteriak "Tuhan-Ku, ya TuhanKu, mengapa Engkau meninggalkan daku?”  kerana putus asa dan berasa jauh atau ditinggalkan oleh Bapa-Nya? — Jack

Jawaban: Pertama, memang benar kasih dan kepercayaan Yesus kepada Bapa sungguh tidak dapat diragukan. Tetapi seruan Yesus di salib harus dilihat juga dalam konteks penderitaan yang harus dijalani-Nya sebagai manusia. Menjalani penyek saan yang sedemikian kejam pasti sebagai manusia Yesus juga merasakan kesepian, kesendirian, dan kesusahan. Yesus berjuang hebat menghadapi seksaan yang sedemikian kejam yang menyebabkan badan-Nya bermandikan darah dan membawa Yesus pada keadaan yang mirip “keputusasaan”. Kita katakan “mirip” kerana sebenarnya seruan “Tuhan-Ku, ya TuhanKu” itu adalah ungkapan keyakinan iman di tengah kesengsaraan.

Kedua, untuk mengerti secara lebih baik, perlu diketahui kebiasaan umum dalam Kitab Suci, iaitu bahawa mengutip awal suatu petikan atau Mazmur, bererti merujuk kepada keseluruhan teks tersebut. Seruan Yesus itu adalah awal Mzm 22 sehingga kita dapat mengatakan bahawa Yesus mendoakan keseluruhan Mzm 22.

Mzm 22 terdiri dari tiga bahagian: ayat 2-19 melukiskan kepedihan dan kesengsaraan dengan nada kepercayaan, ayat 20-27 berisi jeritan permohonan untuk dilepaskan dari cengkaman para musuhnya dengan nada kemantapan iman dan penyerahan kepada Tuhan, ayat 28-32 menunjukkan kesedaran pemazmur bahawa penderitaan tidak akan berakhir sia-sia  sebaliknya akan menghasilkan buah, iaitu pertobatan para bangsa. Mereka itu akan “berbalik kepada Tuhan dan . . . akan sujud menyembah di hadapan-Nya.” (ay 28).

Jadi, seruan Yesus itu bukanlah ungkapan keputusasaan tetapi seruan keyakinan iman bahawa semua sengsara dan kematian-Nya itu akan menghasilkan pertobatan bangsa-bangsa. — Father Petrus Maria Handoko CM  @ hidupkatolik.com

Total Comments:0

Name
Email
Comments