Kita dipanggil untuk berbelas kasihan
Setelah pulih daripada gejala seakanakan selesema, Sri Paus Fransiskus memimpin doa Angelus dari kediamannya di Casa Santa Marta dan bukannya dari Istana Apostolik.
Dec 08, 2023

TAKHTA SUCI: Setelah pulih daripada gejala seakanakan selesema, Sri Paus Fransiskus memimpin doa Angelus dari kediamannya di Casa Santa Marta dan bukannya dari Istana Apostolik.
Prelatus itu dibantu oleh Msgr Paolo Braida, Ketua Pejabat di Sekretariat Negara, yang membaca renungan Sri Paus selepas doa Angelus.
Dalam teks ucapan yang disediakan, Sri Paus mengenang Hari Raya Tuhan Kita Yesus Kristus, Raja Alam Semesta pada hari tersebut serta mengingatkan umat tentang penghakiman terakhir adalah berdasarkan layanan atau penjagaan kita terhadap satu sama lain melalui amal dan belas kasihan.
Kriteria Syurga vs duniawi
Mengimbas kembali adegan yang diterangkan dalam Injil bahawa Anak Manusia datang bersama-sama malaikat dan duduk di atas takhta dan semua orang di dunia berkumpul di kaki-Nya, dan raja itu menunjukkan, mereka “yang diberkati” adalah sahabat raja kerana mereka adalah orang-orang yang memberi makan orang yang lapar, menjaga orang sakit dan memerlukan, dan menziarahi tahanan.
Menurut Sri Paus, ini sangat berbeza dengan “kriteria dunia” yang menghargai mereka yang mencari keuntungan peribadi, kaya, masyhur dan ditakuti.
“Kriteria dunia” pula lebih memberkati mereka yang berkhidmat kepada yang memerlukan, yang paling lemah, mereka yang memerlukan bantuan kita.
“Ini kerana Anak Manusia adalah Raja yang sangat berbeza dan raja duniawi, Dia adalah sang raja yang memanggil orang miskin sebagai ‘saudara’, yang mengutamakan orang yang lapar, yang dahaga, orang luar, orang sakit, orang yang dipenjarakan, dan berkata: ‘Seperti yang kamu lakukan kepada seseorang daripada yang paling hina di antara saudara- saudaraku ini, kamu telah melakukannya kepadaku.’
Pada akhir ucapannya, sekali lagi Sri Paus menekankan bahawa mereka “yang diberkati” adalah mereka yang menunjukkan belas kasihan melalui layanan dan tindak balas mereka kepada orang yang memerlukan bantuan dan persahabatan kita, dengan tidak mengabaikan mereka atau menolak mereka, tetapi dengan menyediakan makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal, dan iringan. Mereka adalah sahabat Raja, kerana mengikuti teladan-Nya melalui “belas kasihan, kelembutan dan keprihatinan”. — media Vatikan
Total Comments:0